Kekakangan Yang Perlu Dihadapi Sebagai Seorang Programmer
Assalamualaikum semua..
Memang benar kawan...
Sebelum aku memulakan kisah aku sebagai seorang pelajar praktikal di sebuah company bernama MDR Tech, ingin aku kongsi kan perjalanan aku dalam dunia programmer. Tidak semua bahkan sebilangan orang merasakan yang pekerjaan atau peluang menjadi seorang pengaturcara ini adalah sesuatu yang mudah mahupun susah tetapi yang mereka pikirkan adalah seorang pengaturcara ini mempunyai gaji yang lumayan. Itu yang aku rasakan sebelum aku melangkah ke dunia pengaturcaraaan.
Memang benar kawan...
Aku tak tipu, memang betul kau punya persepsi kawan. Dunia pengaturcaraan ini memang menyajikan gaji yang lumayan. Tapi, setiap perkara dalam dunia pekerjaan ni banyak muslihat dan cabaran nya. Itu yang pasti. Dalam setiap langkah aku semasa berada di alam praktikal di syarikat MDR Tech ini, aku merasakan apa yang aku belajar sendiri semasa aku di universiti dulu banyak membantu aku untuk terus survive semasa aku diberikan amanah untuk memikul tugasan yang diberikan kepada aku. Pada mulanya aku tak berapa pasti apakah benar aku mampu untuk memikul tanggungjawab sebesar ini untuk menyiapkan sebuah projek berdasarkan web dari awal pembentukan sampai kepada diterbitkan..
Kau bayangkan aku dulu taklah berapa cemerlang untuk siapkan projek sarjana muda aku yang aku sendiri rasakan projek aku mengarut sebab tak mencapai standard sebagai seorang mahasiswa universiti. Sebab aduhhh tahla, dah la projek pengurusan hotel. Aku rasakan projek tersebut tak patut dibuat oleh seorang mahasiswa bahkan sangat memalukan kerana aku tak sempat siap. Dengan sistem tak menjadi, mobile apps aku tak dapat connect dengan web admin dia. Kau bayangkan sistem tu ada 2 database berbeza? hahahahahah i say men serius sangat memalukan lah kalau aku tunjuk kat majikan aku lepasni. Mau kena gelak habis2an.
Okeh, takpe2, kat sini aku nak ceritakan kisah. not kisah tapi more related to cabaran dan tempuhan yang kau perlu hadapi jika kau mahu berada di dalam dunia pengaturcaraan.
- First thing first, kau kena tahu flow sistem kau meliputi dari architectural, structure, flow dia database pakai apa, approaches kau nak buat sistem tu kau kena tahu.
- Second, kau kena ada mental dan tahap kesabaran yang tinggi, sebab kat sini kau akan rasa bila kau memprogram kan sesuatu benda tu, tak semua akan terjadi mengikut apa yang kau rancang. Just keep patience and keep realistic.
- Thirdly, cuba and cuba walau pun kau kena moral down dengan majikan kau dan pekerja senior. Mesti diorg akan cakap, kau belajar apa kat universiti benda basic ni pun tak tahu? oke, kat sini kau kena sabar, control your emosi, amik benda tu sebagai suatu yang positif and as a lonjatan yang kau akan guna for your future career.
- Dont give up, tu benda penting aku nak cakap.. biar kau rasa kau tak berguna semasa meeting, tapi kau sendiri kena keep believing in yourself yang kau boleh. Slowly but surely untuk catchup dengan skills kau. Kena setiap hari improve dengan buat latihan, and tutorial.
- Try buat sistem yang kau rasa boleh buat, tapi mesti kena ingat sistem tu kau buat dengan idea dan pengetahuan kau. Build your confident first. baru kau berjaya untuk survive dalam dunia programmer ni.
- And for the last, kau kena biasa kan diri kau dengan place untuk cari penyelesaian masalah berkaitan bug atau error sistem kau, especially dekat stackoverflow tu. Tanya selagi boleh, biar bodoh 5 minit dari bodoh selamanya!! takde soalan bodoh kat dunia ni, yang bodoh tu bila kau tak bertanya jika kau tak tahu!
"Every expert was once beginner"Tu kata2 yang aku pegang, bila mana aku down semasa jadi seorang pelajar intern!